Tuesday, February 17, 2015

Bali February 2015

Hai semua, teemy baru saja balik bercuti ke Bali Indonesia baru2x ini..
Okay disini ada sedikit review yang teemy nk share ya..
Disebabkan teemy hanya ada masa 2 hari 1 malam sahaja di sana, jadi tidak banyak tempat yang teemy lawati.. Hanya tiga empat tempat sahaja yang sempat teemy pergi Iaitu

1) Ubud, dimana kat sini terdapat pemandangan sawah padi bertingkat yang cantik di atas bukit,

2) monkey forest, sempat main2x kat luar je disebabkan sampai sana pun dh lambat kawasan tu pun dah tutup,

3) Kuta, dimana hotel tempat teemy menginap terletak di kawasan Itu, di sana banyak tempat shopping tapi harus berhati2x kalau nk beli barang cendera hati di sini sb kadang2x dorunk nie letak harga kaw kaw mahal mcm nk pangcong kepala harganya.. Ada satu tempat teemy kene ketuk beli baju I love Bali yg biasa tu mengalahlan harga baju dekat kedai Hard Rock mahalnya..
Jadi kalau tak pandai nk tawar menawar, teemy sarankan cakap kat pemandu pelancong korunk nk g shopping tempat yang harga fixed dh senang... Dorunk akan bawak kedai tu dekat dgn airport..

4) Tanah lot, kat sini terletak temple di tepi laut, dan pemandangan sangat menarik, satu tempat yg famous juga kat bali dan awjib dilawati...

Tu je yang sempat teemy lawati sepanjang di bali.. Soal makan memang susah sikit nk dapat makanan halal, tapi sebenarnya banyak kene pandai cari,

Restaurant yang menjadi pilihan teemy sewaktu di sana adalah Restaurant Bebek tepi sawah, terletak di Ubud, environment dia di tengah2x sawah padi memang best dan cantik, dan satu lagi terletak di Kuta berhampiran Airport Bali.. Restaurant tu agak famous jugak di kalangan pelancung yang mahu menikmati makanan halal, sedap dan harga berpatutan... Tak mahal dan tak lah murah sgt.. :)